Jagaan Luka Pembedahan (Lower Segment Caeserian Section)

Bookmark and Share
1. Gunakan Cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri atau minta bantuan dari suami untuk melakukan pemerhatian

2. Lakukan pemerhatian di bahagian luka pembedahan setiap hari
  • Pendarahan : bengkak / lebam
  • Cantuman luka : tutup atau terbuka
3. Dinasihatkan supaya:
  • Memastikan bahagian luka sentiasa bersih dan kering. Untuk kesan yang baik, cuba guna kipas meja setiap kali selepas mandi atau berpeluh untuk memastikan keadaan luka sentiasa kering.
  • Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas, yang longgar dan selesa untuk mengelakkan kelembapan.
  • Ambil ubat analgesik seperti arahan doktor supaya kesakitan dapat dielakkan
  • Dinasihatkan mengambil ubatan tradisional selepas 4 minggu bersalin untuk proses penyembuhan luka yang lebih baik
  • Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat.
  • Elakkan dari menyentuh bahagian luka dengan tangan kerana boleh menyebabkan jangkitan pada luka pembedahan.
  • Elakkan dari memakai seluar dalam yang ketat dan getahnya boleh menekan luka pembedahan
  • Elakkan dari mengangkat barang berat

4. Sila ambil perhatian sekiranya mengalami tanda-tanda berikut:
  • Kemerahan, bengkak, sakit, panas pada sekeliling luka pembedahan
  • Bernanah atau berair pada luka pembedahan
  • Sakit mencucuk-cucuk pada luka pembedahan
  • Luka pembedahan berbau
  • Demam dan Menggigil

* sekiranya mempunyai tanda-tanda seperti diatas sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital tempat anda bersalin untuk tindakan lanjut.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar