Jagaan Luka Episiotomi

Bookmark and Share
Jagaan sertamerta selepas dijahit:

1. Lakukan pemerhatian ke atas luka episiotomi:
  • - Pendarahan dar insisi
  • - Hematoma
  • - Aduan sakit pada insisi
2. Jagaan kebersihan perineum:
  • - Vulva swabbing dilakukan selepas kelahiran
  • - Pakaikan pad yang steril
3. Ambil ubat analgesik seperti arahan doktor untuk mengurangkan rasa sakit


Jagaan Seterusnya:

1. Jagaan perineum (kemaluan):
  • Vulva swabbing akan dilakukan secara teknik asepsis selepas 6 jam kelahiran untuk memerhatikan luka insisi.
  • Cuci dan keringkan bahagian episiotomy dan tukar pad dengan kerap atau setiap kali ke tandas atau apabila pad dipenuhi dengan lokia untuk elak infeksi (jangkitan kuman) pada luka episiotomi
  • Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakkan
  • Cuci perineum (kemaluan) dengan air biasa dari arah hadapan ke belakang (dari vulva ke anus) untuk elak asending infection
  • Jangan sekali-kali menyapu ubat atau krim di bahagian luka episiotomy tanpa arahan doktor

2. Pemakanan:
  • Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat.
  • Dinasihatkan supaya mengambil makanan tiggi fiber dan minum air berlebihan (1.5liter - 2 liter sehari) untuk mengelakkan sembelit. Kejadian sembelit boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan pada luka episiotomi dan kesakitan apabila meneran.

3. Senaman dan Aktiviti:
  • Digalakkan melakukan senaman otot lantai pelvis secara berperingkat untuk menguatkan otot dan menggalakkan edaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan pada luka episiotomi.
  • Digalakkan melakukan ambulasi awal seperti berjalan-jalan untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan pada luka episiotomi
  • Elakkan dari duduk mencangkung yang boleh menyebabkan jahitan terbuka dan melambatkan proses penyembuhan luka
  • Elakkan hubungan seks sehingga luka benar-benar sembuh

4. Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan:
  • Dinasihatkan supaya menggunakan cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri terutama pada waktu pagi atau minta bantuan suami untuk melakukan pemerhatian
  • Ibu dinasihatkan supaya mengenalpasti tanda-tanda infeksi seperti:
  • - Pendarahan : Bengkak atau kesan lebam
  • - Cantuman luka : elok atau terbuka
  • - Tanda-tanda jangkitan kuman : merah, gatal, discaj berbau, bengkak dan jahitan terbuka
  • - Ibu mengalami Demam

* Jika luka episiotomy mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman, sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital untuk tindakan lanjut.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar