Puting Luka

Bookmark and Share

Puting luka, puting melecet atau cracked nipple adalah masalah yang

paling-paling-paling biasa kalau kita mula-mula nak breastfeed.



Macam-macamlah orang kata, nipple nak bersalin kulitlah, sebab baby

gigitlah.. dsb. Tak kira lah apa pun, jangan terkejut kalau dalam

minggu pertama tu anda tak boleh pakai bra sebab puting melecet.



Tapi jangan ambil mudah.



Sebab benda utama yang mengakibatkan puting luka ni ialah kedudukan

baby, iaitu cara dia "latch on". Kalau baby latch tak betul, bukan

je puting anda sakit, tapi baby pun tak dapat susu yang sepatutnya.

Sebab dia patut latch di "aerola", bukan puting.



Apa nak kena buat kalau puting luka ni?



Anda kena periksa kedudukan bayi dan cara dia latch. Kalau tak, lakukan ini untuk penyelesaian segera:



1. Tukar position setiap kali feeding. Tukar-tukar dari "cradle

hold" ke "cross-cradle", ke "football hold" dan sebagainya.



2. Sapukan air susu di puting anda dan biarkan "air dry". Air susu

ni banyak gunanya tau!



3. Gunakan krim untuk puting luka yang terdapat di pasaran. Yang

paling berkesan dan ekonomi pernah saya cuba "Bepanthen", kerana ia

juga boleh digunakan untuk ruam bayi!



4. Pakai "breast shell" sebelum memakai bra supaya puting anda tak

bergesel dengan bra.



5. Perah sedikit susu anda sebelum memberi kepada bayi untuk

mendapatkan let-down dan bayi anda tak perlu menghisap dengan kuat

untuk let-down.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar